Kata-kata hikmah ini adalah koleksi
mutiara kata dan kata-kata indah pujangga dan tokoh Islam sebagai nasihat.
Setiap amal bergantung pada niat. Niat
dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada
amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata
dengan amalannya. - Nabi SAW
Lisan yang didorong dan dikendalikan
oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar
dan memancarkan kebenaran
Imam Ali bin Abi Talib berpesan:
"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa
letih ia akan menjadi buta"
Ibnu Munkadir berkata: "Bagiku
nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat
berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu
mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta
Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada
Ilahi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:" Rebutlah peluang lima sebelum lima: Masa muda sebelum tiba
masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa
sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa
mati."
Madu adalah penyembuh untuk penyakit
dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu
berubat dengan madu dan Al-Quran.
Setiap orang itu lemah apabila ia
menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri
dan satu lagi digunakan untuk menyerang
Menghairankan sekali,orang yang mencuci
wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun
sekali setahun
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi,
kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang
sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam
meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di
dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa
yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti
menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari
insan.
Yang selalu membunuh kebijaksanaan
seseorang ialah tamaknya - Sayidina Ali
Jadikanlah masa yang berlalu itu
pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan
masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan
Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu
itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.”
Jika kita bandingkan hidup yang singkat
di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah
mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;" Orang
yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan
kematian".
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu
bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat
dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik
peluh yang tak mungkin terbalas.
Gembira dan bahagia tika menyabit padi
kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana
upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni
bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.
Nabi SAW bersabda,"Jagalah dirimu
daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma.
Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik."
Antara sifat munafik itu ialah
menganggap nasihat orang sbagai sindiran kepadanya sebab itu tidak diterimanya
Semoga
mendapat manfaat dari koleksi kata-kata pujangga Islam ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar